Friday, February 20, 2009

PADAH ABAIKAN IBU

PADA zaman dahulu, ada seorang pemuda bernama Juraij yang tinggal bersama ibunya yang sudah tua. Juraij berasal daripada kaum Bani Israel. Dia sangat tekun dalam ibadatnya, sehinggakan dia mendirikan biara peribadi untuk dijadikan tempat ibadatnya.

Pada suatu hari, sedang Juraij bersembahyang dalam biaranya, ibunya telah memanggilnya.

Namun, Juraij meneruskan sahaja tanpa mempedulikan panggilan ibunya itu.

Keesokkan harinya, ibu Juraij datang lagi memanggilnya ketika dia sedang solat. Namun Juraij masih juga tidak menyahut. Dia mengeluh,

"Ya Tuhanku, kenapa dengan ibuku ini, memanggil-manggil aku, sedangkan aku tengah solat?" Juraij tidak mempedulikan juga panggilan ibunya, malah dia tetap meneruskan ibadatnya.

"Wahai anakku, kalau ya pun engkau mahu beribadat, sahutlah dahulu panggilanku! Kemudian barulah engkau meneruskan ibadatmu," kata ibu Juraij di dalam hatinya.

Ibunya tidak berputus asa, lalu dia datang lagi memanggil-manggil nama anaknya itu pada keesokkan harinya.

"Juraij, Juraij, ibu mahu bercakap denganmu sekejap," kata ibunya.

Namun panggilan ibunya tetap tidak disahut oleh Juraij. Juraij meneruskan sahaja ibadatnya, tanpa memikirkan perasaan ibunya yang telah memanggilnya tiga hari berturut-tutut untuk bercakap dengannya.

Ibunya berasa tidak sabar lagi dengan Juraij. Maka keluarlah daripada mulutnya, "Ya Allah, janganlah engkau matikan anakku ini, selagi dia tidak melihat wajah perempuan jalang". Ibunya sangat kecewa dengan sikap anaknya yang tidak mahu mempedulikan panggilannya.

Pada suatu ketika, sekumpulan penduduk sedang bercakap tentang Juraij yang tekun beribadat. Kebetulan pada masa itu, datang seorang gadis melalui mereka di situ. Gadis itu terdengar perbincangan sekelompok orang tentang Juraij, lalu berkata, "kalau tuan-tuan mahu, biarlah aku sahaja yang menggoda Juraij itu".

Apabila gadis itu sampai di tempat Juraij, lalu digodanya Juraij dengan pelbagai cara. Tidak berapa lama kemudian, gemparlah seluruh Bani Israel kerana gadis itu telah mengandung dan mengaku bahawa anak di dalam kandungannya itu adalah anak Juraij.

Penduduk di situ datang ke tempat itu dengan marah, lalu mengheret Juraij keluar dari biaranya. Juraij telah dipukul dan biaranya dimusnahkan.

"Kenapa kamu semua membuat begini terhadapku?" tanya Juraij.

"Wahai Juraij, bukankah engkau telah berzina dengan perempuan sundal itu? Kini dia telah melahirkan seorang anak," kata mereka dengan marah.

Berita Juraij dipukul telah sampai kepada pengetahuan ibunya. Tiba-tiba hati ibunya yang pernah kecewa itu menangis tersedu-sedu sambil berkata dalam hatinya, "Kalau ini yang berlaku ke atas anakku, aku tidak akan menyumpahinya".

Ibunya tahu bahawa anaknya Juraij tidak akan melakukan perbuatan yang sekeji itu. Lalu ibunya berdoa, "Ya Tuhanku, lepaskan anakku daripada tuduhan itu".

Sementara itu, Juraij masih berhadapan dengan penduduk yang marah kepadanya. "Bolehkah engkau bawa bayi itu kepadaku? Aku akan tanya pada bayi itu sendiri," kata Juraij.

"Mana boleh engkau tanyakan kepada bayi itu!" kata mereka dengan marahnya.

Bagaimanapun, bayi itu dibawa juga kepada Juraij, lalu Juraij meminta izin untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Selesai sahaja solat, Juraij mendekati dan mengusap bayi itu dengan jarinya sambil bertanya, "Siapakah bapamu?"

"Fulan, si penggembala," jawab bayi itu.

Alangkah terkejutnya orang di situ mendengar jawapan daripada bayi itu. Maka mereka memohon maaf kepada Juraij walaupun masih dalam keadaan terkejut.


-Utusan Malaysia (20/02/09)-

Thursday, February 19, 2009

APA GENERASI MUDA MAHU?

Generasi muda bakal menjadi pemimpin masa hadapan. Pandangan masa hadapan mereka bakal menjadi dasar negara.

Tetapi, pada ketika ini, adakah mereka memikirkan tentang masa hadapan negara? Atau khususnya masa hadapan mereka sendiri, apa mereka nak jadi, apa pandangan mereka tentang ekonomi dan politik negara, apa pendapat mereka tentang Dasar Pendidikan Negara dan sebagainya.

Pada pilihan raya umum ke 12 yang berakhir 8 Mac 2008 lepas, ramai penganalisa politik mengatakan undi generasi muda telah membuatkan parti Barisan Nasional hilang 5 buah negeri.

Adakah andaian ini benar?
Fikir-fikirkanlah, tepuk dada tanya selera..~~

PERJUANGANNYA BELUM SELESAI


Beliau merupakan seorang pemimpin yg berkaliber, berpengetahuan jauh dlm berbagai ilmu serta merupakan seorang tokoh pemimpin Melayu yg patut dibanggakan pada era ini. Perjuangannya dalam menegakkan agama, bangsa dan negara masih belum selesai. Sama-samalah kita berdoa agar beliau dipanjangkan umur dan dijauhkan daripada perkara-perkara yg boleh menghancurkannya. Jasa dan pengorbanan beliau akan dikenang sampai bila-bila.

Ketidaktentuan Politik Perak

Selepas Pilihan Raya Umum yg Ke-12 yg lepas, kita sma2 tlh mnyaksikan dimna rakyat n masyarakat Malaysia tlh mula bersuara akbt kenaikan hrga mnyak yg tinggi serta mnyebabkn meningkatnya harga barang-barang. Ini jelas apabila empat buah negeri lagi tlh dikuasai oleh Pakatan Rakyat akbt kemerosotan undi yg teruk trhadap Barisan Nasional. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta satu lagi negeri yang dikuasai oleh Pas slama 20 tahun masih kekal dikuasai oleh Pas.

Akan tetapi baru-baru ini kita telah menyaksikan sebuah negeri yg baru dikuasai Pakatan Rakyat iaitu negeri Perak tlh diambil alih smula oleh Barisan Nasional. Ini kerana terdapat 3 orang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat telah keluar dr Pakatan Rakyat dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Kenapa ini semua terjadi?? Apakah darjat, pangkat, kuasa dan nama lebih penting dripada rakyat?? sebelum pilihan raya, kita menyaksikan berbagai2 manifesto yg dimainkn oleh parti2 yg bertanding n yg paling manarik hati rakyat ialah untuk menjaga kebajikan rakyat..mana janji2 ini semua??

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, pemimpin bagaimana yg patut anda pilih??adakah pemimpin yg trlampau gilakan kuasa, kemewahan, harta, pangkat dan nama??atau adakah pemimpin yg btl2 amanah, bertanggungjawab, jujur, brdisiplin, ikhlas dan yg paling penting boleh menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat??sekarang ini, sy boleh katakan kekalutan politik di Perak xkan selesai selagi salah satu antara pihak xnk mengalah n memberi kepada satu pihak lain untuk memerintah..

Semoga dunia kita aman, akhirat kita bahagia.. InsyaAllah

MINDA PEMIKIR

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan...

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah n iziNya, ak diberi peluang untuk meneruskan hidup yg penuh cabaran n pancaroba tatkla ak sekarang ni berada di suatu IPTA yg mana merupakan slh satu IPTA yg tersohor di tanah airku, Malaysia bagi meneruskan perjuanganku yg belum selesai.

Marilah kita menjadikan 'medan' yg ada ini untuk melahir dan mencetuskan idea-idea yg bernas sama ada dlm bidang politik,ekonomi, agama n sosial utk sama2 kita kongsi bg meningkatkn daya pemikiran yg kritikal trhadap sesuatu isu yg dibangkitkn..InsyaAllah, dlm 'medan' kita akn sama2 bersifat profesional dan neutral dlm sesuatu isu yg dibangkitkan..

Ayuh, marilah sama2 kita berjuang demi BANGSA, AGAMA & NEGARA.