Friday, March 27, 2009

PEMUDA UMNO RESTUI RASUAH???

Assalamuaikum w.b.t dan salam perpaduan

Betul ke Pemuda UMNO restui amalan rasuah?? Adakah ini hanya retorik semata-mata hanya untuk memburuk dan menjatuhkan UMNO?? Hari ini penulis tertarik hendak menghuraikan serba sedikit kenyataan di atas kerana isu ini bukan hanya melibatkan Pemuda UMNO sahaja secara amnya tetapi melibatkan seluruh badan UMNO khususnya dan juga masyarakat Malaysia. Ini kerana UMNO merupakan parti pemerintah yang dipilih oleh rakyat. Jadi pada kali ini penulis menulis atas tiket sebagai salah seorang daripada masyarakat Malaysia yang memperjuangkan kebenaran, ketelusan, hakikat dan juga kebebasan sebagai seorang rakyat dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan demokrasi.

Seperti yang kita telah ketahui semua, Khairy Jamaluddin (KJ) telah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada pemilihan kali ini. Sangat luar biasa beliau memenangi jawatan ini kerana kalau kita tengok dari awal iaitu semasa pencalonan, beliau hanya mendapat sedikit pencalonan berbanding Datuk Mukhriz dan juga calon lain. Satu lagi aspek yang perlu dilihat dan dikaji ialah kenapa KJ yang didapati bersalah mengamalkan politik wang tidak dikenakan hukuman yang sewajarnya seperti yang telah dikenakan keatas Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dimana Lembaga Disiplin UMNO telah melarang Mohd Ali bertanding jawatan timbalan presiden UMNO.

Pelik bunyinya apabila KJ memenangi jawatan Ketua Pemuda tetapi itulah kenyataannya yang mesti diterima oleh masyarakat Malaysia amnya. KJ yang telah didapati bersalah mengamalkan politik wang melalui ejen-ejennya masih boleh bertanding dan memenangi jawatan tersebut. Sungguh pelik bunyinya kan seolah-olah amalan rasuah ini direstui dalam pemuda UMNO. Mengikut apa yang penulis tahu, dalam Islam amalan RASUAH ini hukumya HARAM!! Ini termasuklah pemberi dan penerima rasuah yang mana hukumnya tetap sama iaitu HARAM!! Seperti yang kita semua sedia maklum, UMNO merupakan parti orang Melayu yang mana menganut agama Islam. Penulis merasakan sebagai seseorang pemimpin terutamanya orang Islam, persoalan agama, etika dan moral perlu dititik beratkan dalam kepimpinan kerana kalau semua aspek ini tidak diambil kira, penulis yakin, tidak mustahil pada suatu hari nanti negara tercinta Malaysia akan 'jatuh tersungkur' kalau pemimpin kita mengamalkan dan 'merestui' amalan rasuah ini.

Antara pemimpin yang lantang membantah amalan ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang mana menurut beliau, perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia. Menurut beliau lagi yang tidak hadir semasa perhimpunan agung UMNO, beliau merasakan antara sebab beliau tidak menghadiri majlis tersebut kerana beliau merasakan diri akan tercemar apabila berada bersama-sama orang yang mendokongi amalan rasuah ini. Penulis merasakan apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir ini ada kebenaranya kerana amalan rasuah ini seolah-olah telah menjadi darah daging dalam perjuangan UMNO.

Disini, penulis tidak nafikan bukan UMNO sahaja yang mengamalkan politik wang atau rasuah ini kerana bagi penulis parti politik lain sama ada dalam komponen Barisan Nasional atau pembangkang tetap ada amalan ini akan tetapi bilangannya amat sedikit kalau hendak dibandingkan dengan UMNO. Walaupun pendirian penulis dalam politik ini lebih memihakkan kepada parti kerajaan tetapi bagi penulis hakikat tetap hakikat dan yang salah mesti dikenakan tindakan yang tegas lebih-lebih lagi apabila melibatkan antara pemimpin tertinggi. Kadang-kadang penulis merasa sangat kecewa kerana amalan rasuah dalam UMNO ini tidak pernah hilang akan tetapi semakin berleluasa. Adakah UMNO sekarang ini tidak dapat lagi untuk menggerakkan perjuangan meraka kalau tidak menerima rasuah??? Penulis rasa jawapan kepada persoalan ini ada kepada pemimpin-pemimpin UMNO masa kini. Semoga UMNO melakukan perubahan yang drastik dalam memerangi masalah ini daripada terus berleluasa kerana bagi penulis sebagai masyarakat Malaysia, penulis mahukan ketelusan, kejujuran, dan kebertanggungjawaban dalam setiap diri pemimpin-pemimpin Malaysia demi menjamin keutuhan sistem pemerintahan di Malaysia. Sekian...

PENGUMUMAN PENTING!!!


Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan

Apa khabar semua kawan-kawanku??free tak 8hb April ni??
Ok klu free, jom kita sama2 menyertai dinner fakulti kita, FSSK yang akan di adakan di Bangi Golf Resort pada 8hb April 2009 dimana programnya dijadualkan bermula pada pukul 8.00 malam sehingga 11.30 malam. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan, jangan risau yer kerana pihak ajk PMFSSK telah menyediakan bus untuk kesana.. Bayaran yang dikenakan murah sahaja hanya RM23 yang dikenakan. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang malam tersebut antaranya persembahan band,cabutan bertuah dan banyak lagi..Jom sama2 kita memeriahkan 'Malam Emas Tradisi Abadi' pada 8hb April nanti....pelajar dari fakulti lain turut dijemput untuk menyertai dinner ini..kaunter tiket telah dibuka di laluan utama FSSK dihadapan surau FSSK..So, tunggu apa lagi???



Ok satu lagi dinner yang akan diadakan di Bangi Golf Resort iaitu dinner PESEPSI yang dijadualkan akan diadakan pada 10hb April 2009 ini bermula pada pukul 8.00 malam. Diharapkan kepada semua ahli PESEPSI dapat menyertai majlis 'MALAM APRISIASI PESEPSI' ini bagi memeriahkan lagi majlis tersebut..Bayaran yang dikenakan hanya RM25 sahaja dan saya pasti anda semua pasti akan berpuas hati apabila menyertai majlis ini..Tema pada malam itu ialah 'Pesona Elegance'..So, tunggu apa lagi???

Wednesday, March 18, 2009

KERINDUAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA...

Jam menunjukkan hampir pukul 3 pagi. Masa ini merupakan waktu yang sesuai untuk belajar kerana suasananya yang nyaman dan sunyi sepi membuatkan hati ini tenang untuk membaca. Rakan-rakan sebilikku telah enak dibuai mimpi tatkala aku sekarang ini masih segar berada dihadapan komputer. Malam ini aku terpaksa menahan nafsu tidurku disebabkan esok aku ada midterm subjek Gerakan Agama dan perbentangan subjek U2 iaitu Kemahiran Membuat Keputusan. InsyaAllah aku mintak esok semuanya berjalan dengan lancar..

Berjauhan dengan keluarga tersayang merupakan pengorbanan yang amat berat untuk aku tempuhi tetapi demi untuk kebaikan dan masa depanku, aku gagahkan hati ini untuk terus menimba ilmu tidak kira walau apa dugaan sekalipun yang terpaksa aku hadapi..Kata-kata Ayahandaku masih tergiang-ngiang ditelingaku "abah tak ade ape-ape nak dibahagikan kepada anak-anak abah, hanya ilmu dan pelajaran sahaja yang abah boleh beri untuk masa depan anak-anak abah. Belajarlah baik-baik.." Sungguh sayu dan sedih disaat ungkapan itu diluahkan kepadaku..aku sangat rindukan mereka..!!

Petang tadi semasa kerinduanku sedang bergelora dalam jiwa mengingatkan mereka, sedar tak sedar aku telah tertidur dengan jiwa yang penuh dengan kerinduan. Tiba-tiba hatiku sangat tersentuh apabila dalam tidurku, aku telah bermimpi berjumpa dengan arwah tok guru yang mengajar aku mengaji Al-Quran. Saat itu aku merasakan diriku sangat rindu kepadanya. Dialah yang banyak mengajar aku mengenal erti kehidupan. Jasa, budi dan pengorbananya dalam mendidik aku tidak akan aku lupakan untuk selama-lamanya. Semasa dalam mimpi tersebut, aku menangis teresak-esak sambil memegang dan mencium tangannya tatkala mulut ini tidak henti-henti memohon maaf dan meminta supaya dihalalkan segala ilmu yang telah diajarnya sebelum ini. Walaupun sudah hampir sebulan beliau telah kembali ke Rahmatullah, aku merasakan seolah-olah baru kemarin berjumpa dengannya. Kenanganku semasa belajar mengaji Al-Quran dengannya akan terus terpahat dihati ini sampai bila-bila. Inilah kerinduan yang tiada penhujungnya. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya dan meletakkannya dalam kalangan orang-orang mukmin. Al-Fatihah...


dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..

Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku, maafkanlah kejahilan hambaMu
Tuhanku, Kau pimpinlah diri ini yang mendamba cintaMu
aku lemas, aku jahil tanpa pimpinan dariMu
Kau Pengasih, Kau Penyanyang , Kau Pengampun kepada hamba-hambaMu..

Tuesday, March 17, 2009

JENAYAH ROGOL KANAK-KANAK SEMAKIN SERIUS??

Assalamualaikum w.b.t dan salam perpaduan...

Bila bercakap pasal jenayah rogol kanak-kanak, sudah tentu fikiran kita tidak lari dari mengingatkan kanak-kanak yang telah menjadi mangsa rakus nafsu syaitan yang tidak berperikemanusiaan. Ya memang hanya ungkapan ini lah yang sesuai untuk di gambarkan kepada penjenayah yang telah meragut nyawa kanak-kanak dengan kejam.

Sudah tentu anda semua masih ingat Allahyarham Nurin Jazlin kan??Kanak-kanak ini telah dirogol dan dibunuh dengan kejam pada tahun 2007 yang lalu!!! Dimana sifat perikemanusiaan manusia?? Sungguh sedih dan sayu apabila mengingatkan kematian adik Nurin ini.. Dan yang terbaru kehilangan adik Sharlinie juga yang masih belum diketahui nasibnya walaupun pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mengesan penjenayah tersebut..Cuba kita berfikir sejenak, apakah salah kanak-kanak ini sehingga diperlakukan dengan kejam???

Kalau zaman saya kecil-kecil dahulu, kanak-kanak bebas hendak bermain sama ada dihalaman rumah, taman permainan, lain-lain tempat lagi disekitar kampung mereka akan tetapi pada zaman sekarang ini kanak-kanak sudah tidak bebas hendak bermain walaupun dihalaman rumahnya sendiri..Dimana hak dan kebebasan kanak-kanak??Tak kan kita nak anak-anak kita pada masa akan datang hanya terperuk didalam rumah sahaja??Dimana keamanan dan kedamaian yang kita selalu sebut-sebutkan tu??

Secara tersuratnya negara kita, Malaysia telah hampir 52 tahun merdeka akan tetapi secara tersiratnya kita masih belum merdeka!!YA kita masih belum merdeka dan bebas daripada masalah sosial yang semakin menggila khususnya seperti keganasan, jenayah, penderaan dan penculikan kanak-kanak.. Walaupun kematian adik nurin sudah hampir dua tahun berlalu, tetapi adakah masyarakat kita sedar bahawa jenayah tersebut mungkin akan berulang??Penjenayah tidak akan berhenti melakukan kegiatan mereka, cuma kita sebagai orang awam yang kadangkala terlupa dengan jenayah membabitkan kanak-kanak ini kerana ia tidak mustahil akan berulang, jika tiada langkah khusus diambil segera.




-MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA-

Monday, March 9, 2009

SALAM MAULIDUR RASUL


SALAM MAULIDUR RASUL buat semua saudara seislamku di seluruh dunia khususnya di bumi Malaysia. Disempena hari baik dan bulan yang baik ini, saya menyeru kepada diri saya dan kepada kamu semua, marilah sama-sama kita berselawat keatas Nabi Junjungan Besar Muhammad Rasulullah SAW dan sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangannya.

MUSLIM YANG PALING BAHAGIA TIDAK SELALU MEMILIKI HAL YANG TERBAIK, MEREKA HANYA BERUSAHA MENJADIKAN YANG TERBAIK ITU DARI SETIAP YANG HADIR DALAM HIDUPNYA.



-selawat serta salam keatas Nabi Junjungan Besar Muhammad Rasulullah SAW-

Saturday, March 7, 2009

SIKAP BIADAP PIHAK BERKUASA: MASJID MENJADI SASARAN

Perhimpunan dan perarakan aman untuk membantah isu PPSMI yang bermula di Masjid Negara siang hari tadi telah tercemar disebabkan sikap biadap dan kurang ajar pihak berkuasa seperti FRU, POLIS dan lain-lain lagi yang telah bertindak menembak gas pemedih mata kearah orang ramai yang menyertai perarakan tersebut dalam perarakan menuju ke Istana Negara. Tidak cukup menembak gas tersebut ditengah-tengah perarakan menuju ke Istana Negara, pihak berkuasa terbabit telah bertindak kurang ajar dengan menyembur air di perkarangan Masjid Negara dan menembak gas tersebut kedalam masjid itu. Akibatnya ramai orang telah menjadi mangsa kebiadapan tersebut khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.

Apa ini semua??? Tempat ibadat yang merupakan Rumah Allah dan tempat suci golongan muslim untuk menunaikan ibadat juga menjadi sasaran.!!Hanya laungan Allahuakbar dan Lailahailallah sahaja yang kedengaran ketika itu..Perasaan sedih,marah, kecewa dan lain-lain lagi terus menyelubungi jiwa dan perasaan ketika itu tatkala melihat perkarangan masjid disembur dengan air dan ditembak dengan gas pemedih mata. Gambar dibawah membuktikan segalanya...

Gambar disebelah kiri menunjukkan situasi dimana orang ramai terpaksa lari untuk menyelamatkan diri dari tembakan gas pemedih mata oleh Polis dan FRU.








Disebelah kanan: Orang ramai yang menyertai perarakan tersebut terus dihujani puluhan das gas pemedih mata. Orang ramai terus menjadi mangsa khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.



Perkarangan Masjid Negara yang turut disembur dengan air oleh pihak FRU dimana telah menyebabkan orang ramai yang berkumpul membantah PPSMI terus lari memasuki masjid bagi menyelamatkan diri. Gambar Keranda 152 mengimbau kembali sejarah yang dialami Negara pada 3 Mac 1967 bagi membantah Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada ketika itu.







Gambar dibawah menunjukkan dimana orang ramai terpaksa masuk kedalam Masjid Negara bagi menyelamatkan diri daripada kepulan asap gas pemedih mata yang telah ditembak kedalam ruang masjid dan disebelah kanannya pula ialah gambar kepulan-kepulan asap gas pemedih mata yang telah ditembak kedalam masjid.. Allahhuakbar!!!!




BANTAH PPSMI SUATU KEWAJARAN


Perhimpunan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan diadakan pada 07/03/2009 (esok) di Masjid Negara merupakan suatu kewajaran yang patut kita lakukan. Setelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, adakah kita masih mahukan negara kita masih berada dalam konstruk penjajah???Adakah Bahasa Melayu sudah tidak rasional lagi untuk diajar dalam subjek Sains dan Matematik sehingga hendak ditukarkan dalam Bahasa Inggeris??

Wahai pemimpin-pemimpin Malaysia, dimanakah identiti negara kita kalau Bahasa Melayu pun hendak dikhianati dan dinodai jugak??Dimanakah semangat patriotik yang kita semua laung-laungkan selama ini???Disini ada 7 sebab kenapa perhimpunan membantah PPMSI wajar diadakan:

1. PPSMI sebabkan kemerosotan prestasi pelajar khususnya pelajar diluar bandar dalam subjek Sains dan Matematik.
2. PPMSI gelapkan masa depan & abaikan untung nasib pelajar khususnya pelajar di luar bandar.
3. PPSMI melanggar Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa & Akta Pendidikan.
4. PPSMI menghina & membunuh Bahasa & Bangsa Melayu dalam jangka masa panjang.
5. PPSMI sebabkan bangsa Melayu khususnya hilang jati diri dan ketuanan dibumi sendiri.
6. PPSMI menghancurkan pembangunan nilai ketamadunan Malaysia dan Bangsa Melayu.
7. PPSMI berpaksi kepada Barat untuk menghalang Islamisasi ilmu dan nilai di Malaysia.

Antara tokoh yang terlibat dalam perhimpunan membantah PPMSI esok ialah tujuh orang pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) iaitu pengerusinya, Datuk Dr. Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A. Samad Said, Dr. Shahrir Mohd Zain, Prof. Bahasa Dr. Abdullah Hassan dan setiausaha GMP iaitu Hasni Abas. Kesemua tokoh ini yang dibenarkan untuk membawa memorandum kepada pihak Yang Dipertuan Agong. Ayuh sama-sama kita menyokong dan menyertai perhimpunan membantah PPMSI ini demi kepentingan dan kebaikan anak-anak Malaysia.

Friday, March 6, 2009

LAWATAN KE PARLIMEN MALAYSIA 03/032009

Mahasiswa Tahun Dua Program Sains Politk bergambar sebelum meninggalkan Parlimen Malaysia.



Situasi dimana kami baru keluar daripada Dewan Rakyat selepas sidang ditangguhkan untuk rehat tengah hari. Dari kiri; wana, noni, wan, naim, safarin, farid.