Saturday, March 7, 2009

BANTAH PPSMI SUATU KEWAJARAN


Perhimpunan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan diadakan pada 07/03/2009 (esok) di Masjid Negara merupakan suatu kewajaran yang patut kita lakukan. Setelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, adakah kita masih mahukan negara kita masih berada dalam konstruk penjajah???Adakah Bahasa Melayu sudah tidak rasional lagi untuk diajar dalam subjek Sains dan Matematik sehingga hendak ditukarkan dalam Bahasa Inggeris??

Wahai pemimpin-pemimpin Malaysia, dimanakah identiti negara kita kalau Bahasa Melayu pun hendak dikhianati dan dinodai jugak??Dimanakah semangat patriotik yang kita semua laung-laungkan selama ini???Disini ada 7 sebab kenapa perhimpunan membantah PPMSI wajar diadakan:

1. PPSMI sebabkan kemerosotan prestasi pelajar khususnya pelajar diluar bandar dalam subjek Sains dan Matematik.
2. PPMSI gelapkan masa depan & abaikan untung nasib pelajar khususnya pelajar di luar bandar.
3. PPSMI melanggar Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa & Akta Pendidikan.
4. PPSMI menghina & membunuh Bahasa & Bangsa Melayu dalam jangka masa panjang.
5. PPSMI sebabkan bangsa Melayu khususnya hilang jati diri dan ketuanan dibumi sendiri.
6. PPSMI menghancurkan pembangunan nilai ketamadunan Malaysia dan Bangsa Melayu.
7. PPSMI berpaksi kepada Barat untuk menghalang Islamisasi ilmu dan nilai di Malaysia.

Antara tokoh yang terlibat dalam perhimpunan membantah PPMSI esok ialah tujuh orang pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) iaitu pengerusinya, Datuk Dr. Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A. Samad Said, Dr. Shahrir Mohd Zain, Prof. Bahasa Dr. Abdullah Hassan dan setiausaha GMP iaitu Hasni Abas. Kesemua tokoh ini yang dibenarkan untuk membawa memorandum kepada pihak Yang Dipertuan Agong. Ayuh sama-sama kita menyokong dan menyertai perhimpunan membantah PPMSI ini demi kepentingan dan kebaikan anak-anak Malaysia.

No comments:

Post a Comment