Friday, March 27, 2009

PEMUDA UMNO RESTUI RASUAH???

Assalamuaikum w.b.t dan salam perpaduan

Betul ke Pemuda UMNO restui amalan rasuah?? Adakah ini hanya retorik semata-mata hanya untuk memburuk dan menjatuhkan UMNO?? Hari ini penulis tertarik hendak menghuraikan serba sedikit kenyataan di atas kerana isu ini bukan hanya melibatkan Pemuda UMNO sahaja secara amnya tetapi melibatkan seluruh badan UMNO khususnya dan juga masyarakat Malaysia. Ini kerana UMNO merupakan parti pemerintah yang dipilih oleh rakyat. Jadi pada kali ini penulis menulis atas tiket sebagai salah seorang daripada masyarakat Malaysia yang memperjuangkan kebenaran, ketelusan, hakikat dan juga kebebasan sebagai seorang rakyat dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan demokrasi.

Seperti yang kita telah ketahui semua, Khairy Jamaluddin (KJ) telah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada pemilihan kali ini. Sangat luar biasa beliau memenangi jawatan ini kerana kalau kita tengok dari awal iaitu semasa pencalonan, beliau hanya mendapat sedikit pencalonan berbanding Datuk Mukhriz dan juga calon lain. Satu lagi aspek yang perlu dilihat dan dikaji ialah kenapa KJ yang didapati bersalah mengamalkan politik wang tidak dikenakan hukuman yang sewajarnya seperti yang telah dikenakan keatas Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dimana Lembaga Disiplin UMNO telah melarang Mohd Ali bertanding jawatan timbalan presiden UMNO.

Pelik bunyinya apabila KJ memenangi jawatan Ketua Pemuda tetapi itulah kenyataannya yang mesti diterima oleh masyarakat Malaysia amnya. KJ yang telah didapati bersalah mengamalkan politik wang melalui ejen-ejennya masih boleh bertanding dan memenangi jawatan tersebut. Sungguh pelik bunyinya kan seolah-olah amalan rasuah ini direstui dalam pemuda UMNO. Mengikut apa yang penulis tahu, dalam Islam amalan RASUAH ini hukumya HARAM!! Ini termasuklah pemberi dan penerima rasuah yang mana hukumnya tetap sama iaitu HARAM!! Seperti yang kita semua sedia maklum, UMNO merupakan parti orang Melayu yang mana menganut agama Islam. Penulis merasakan sebagai seseorang pemimpin terutamanya orang Islam, persoalan agama, etika dan moral perlu dititik beratkan dalam kepimpinan kerana kalau semua aspek ini tidak diambil kira, penulis yakin, tidak mustahil pada suatu hari nanti negara tercinta Malaysia akan 'jatuh tersungkur' kalau pemimpin kita mengamalkan dan 'merestui' amalan rasuah ini.

Antara pemimpin yang lantang membantah amalan ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang mana menurut beliau, perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia. Menurut beliau lagi yang tidak hadir semasa perhimpunan agung UMNO, beliau merasakan antara sebab beliau tidak menghadiri majlis tersebut kerana beliau merasakan diri akan tercemar apabila berada bersama-sama orang yang mendokongi amalan rasuah ini. Penulis merasakan apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir ini ada kebenaranya kerana amalan rasuah ini seolah-olah telah menjadi darah daging dalam perjuangan UMNO.

Disini, penulis tidak nafikan bukan UMNO sahaja yang mengamalkan politik wang atau rasuah ini kerana bagi penulis parti politik lain sama ada dalam komponen Barisan Nasional atau pembangkang tetap ada amalan ini akan tetapi bilangannya amat sedikit kalau hendak dibandingkan dengan UMNO. Walaupun pendirian penulis dalam politik ini lebih memihakkan kepada parti kerajaan tetapi bagi penulis hakikat tetap hakikat dan yang salah mesti dikenakan tindakan yang tegas lebih-lebih lagi apabila melibatkan antara pemimpin tertinggi. Kadang-kadang penulis merasa sangat kecewa kerana amalan rasuah dalam UMNO ini tidak pernah hilang akan tetapi semakin berleluasa. Adakah UMNO sekarang ini tidak dapat lagi untuk menggerakkan perjuangan meraka kalau tidak menerima rasuah??? Penulis rasa jawapan kepada persoalan ini ada kepada pemimpin-pemimpin UMNO masa kini. Semoga UMNO melakukan perubahan yang drastik dalam memerangi masalah ini daripada terus berleluasa kerana bagi penulis sebagai masyarakat Malaysia, penulis mahukan ketelusan, kejujuran, dan kebertanggungjawaban dalam setiap diri pemimpin-pemimpin Malaysia demi menjamin keutuhan sistem pemerintahan di Malaysia. Sekian...

4 comments:

  1. Apa mau heran? Rasuah dan UMNO dah jadi bak irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan. Kalau ada ahli yang tak rsuah, benar-benar tak rasuah, jadilah dia macam kera sumbang. Tetiba sahaja dengar suara sumbang Tun mengecam rasuah. Sedangkan kalau nak dipanggil Bapak Rasuah pun boleh kerana rasuah dan salahguna kuasa subur dalam pemerintahannya. Sampai sekarang tak habis makan. Tebal muka pulak suruh Pak Lah kaji semula perjanjian lebuhraya dan IPP yang dia luluskan. Inilah UMNO, dulu, kini selamanya!

    Kita lihat apa yang terjadi kepada Shahrir? Dia yang dilihat bersih dah kalah pemilihan MT. Terus dia letak jawatan Menteri dan menolak kerusi MT melalui lantikan. Kan kita sedar orang berpendirian macam dia ni dah jadi "outcast" atau "kera sumbang" dalam UMNO?
    Ada menteri-menteri UMNO lain yang akan mengikut langkah beliau meninggalkan kerusi empuk Pak Menteri atas dasar dan nilai pegangan? Rasanya tidak. Bergolok bergadai kerana kerusi Menteri, takkan nak senang-senang lepaskan pulak.

    Saya pun musykil kenapa Shahrir masih dalam UMNO...

    ReplyDelete
  2. Percayalah, orang UMNO akan hanya berubah setelah rebah pada PRU 13 nanti

    ReplyDelete
  3. sy stuju ngn pndapat 2..UMNO dan rasuah seolah-olah x boleh di pisahkan lg..sy berpendapat klu masih xde prubahan lg dlm UMNO secara keseluruhn dr segi mmbnteras rsuah amnya, xmustahil pada PRU ke 13 nnti UMNO akn tumbang

    ReplyDelete
  4. apa kata kita baca sociology corruption (Corruption: Its Nature, Causes and Functions), syed hussein alatas ade tulis.. bagus untuk faham masalah rasuah dalam masyarakat kita..

    ReplyDelete