Friday, October 23, 2009

SELOKA AKU DAN DIA

DIA menang pilihan raya,
DIA dapat blazer percuma,
DIA dapat elaun MPP,
DIA hidup cukup mewah..
DIA tiap minggu ke jamuan menteri,
DIA tiap minggu ketemu menteri,
DIA hanya hadiri majlis VVIP,
DIA terus hidup bangga diri..
DIA ketemu student jauh sekali,
Nak jumpa DIA hantar surat kat secretary,
DIA ke censelori bodek TNC,
Begitu DIA hidup sehari-hari,
Hidup ditaja tak sedar diri...

AKU hanya pelajar biasa,
AKU tidak punyai apa kuasa,
AKU senyap tiada suara,
AKU harap semua diwakili,
AKU harap siapa yang AKU undi,
AKU bukan orang senang,
AKU belajar tajaan PTPTN,
AKU tak mampu makan dengan VVIP,
AKU tak mampu jumpa menteri,
AKU gelisah yuran tinggi,
AKU tak pasti apa bakal terjadi,
Kerana AKU anak petani...

DIA tipu! DIA bohong! DIA retorik! DIA pengampu!
Yuran AKU tidak selesai!
Suara AKU tidak sampai!
Yuran AKU, DIA pakai!
DIA dapat elaun AKU yang pokai!
Masalah yuran DIA tak selesai..
Mana DIA pemimpin penggadai?
Tolong selesai masalah AKU pencacai...



~petikan daripada artikel "Gelora Anak Muda, Kearah Pembentukan Mahasiswa Mandiri".

3 comments:

  1. aku SOKONG pe yg ko wat ni..dord x bace blog ko lg nie..post kat fb.kmpem saripah hapsah n sarfa bce..haha

    ReplyDelete
  2. klu gerombolan-gerombolan ni baca lagi la aku suka..biar mereka ini sedar sikit..haha

    ReplyDelete
  3. suatu aktiviti pemikiran yg hebat anak muda!

    ReplyDelete